Raja Dr Nazrin Berkenan Berangkat Menutup Festival Puisi Antarabangsa

Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah berkenan berangkat menyempurnakan majlis penutup Festival Lagu Rakyat dan Puisi Antarabangsa, malam tadi.

Festival yang berlangsung selama dua hari dan berakhir semalam berjaya dilaksanakan dengan jayanya berdasarkan sambutan hangat yang diterima daripada pengunjung yang hadir.

Walaupun hujan renyai-renyai, Raja Nazrin yang turut diiringi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkenan menyaksikan 20 persembahan puisi dan Lagu Rakyat daripada para karyawan dan pemuisi seluruh negara termasuk Acheh dan Indonesia.

Dr Zambry turut tidak ketinggalan mendeklamasikan sebuah puisi diikuti Exco Kebudayaan, Datuk Zainol Padzi Paharuddin.

Lebih 500 pengunjung tidak melepaskan peluang hadir menyaksikan malam penuh budaya dan sastera itu.

Persembahan bunga api selama 10 minit turut dipersembahkan sebelum Raja Nazrin berkenan berangkat meninggalkan majlis.

-Peraknews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *