Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa bakal diangkat menjadi mercu tanda negeri Perak kepada dunia penyair dan kesusasteraan, kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
Beliau berkata, usaha itu dilihat sebagai salah satu inisiatif Kerajaan Negeri dalam usaha mengiktiraf golongan karyawan dan penyair selain memberi nafas baru terhadap dunia kesustateraan.
“Kerajaan mahu menjadikan pesta ini sebagai mercu tanda negeri ini supaya golongan ini mendapat tempat di negeri ini.
Sekaligus ia juga akan menjadikan negeri Perak dikenali melalui puisi dan sasteranya apabila ianya dijadikan satu acara tahunan selepas ini..”
” Tambahan pula festival ini merupakan salah satu produk perlancongan negeri ini sempena Tahun Melawat Perak 2012..
Beliau berkata demikian di dalam sidang media selepas merasmikan Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa kali ke-2 di Pasir Bogak, Pulau Pangkor semalam.
Lebih 20 penyair tempatan dan antarabangsa membuat persembahan di festival yang berlangsung selama dua hari ini.
Antara golongan sastera yang mengambil bahagian termasuk Siso, Rahim Razali, Khalid Samad dan Lat.
Dr Zambry berkata, Kerajaan Negeri telah merangka satu pelan khas yang membolehkan festival ini diadakan dengan lebih meriah pada tahun hadapan sekaligus mampu menjadikan festival puisi dan sastera mendapat tempat di mata dunia.
” Tahun hadapan festival ini akan diadakan secara lebih besar-besaran sebagai lambang pengiktirafan negeri terhadap dunia kesusasteraan ini selain memberi kesedaran kepada semua bangsa akan pentingnya peranan golongan sastera ini dalam membangunkan negara,” katanya.
-Peraknews