Aura ‘Battle Of The Band’ Bergema Lagi Di Bandar Ipoh

Sabtu ini akan menyaksikan kebangkitan semula Battle of The Band di Dataran Ipoh. Sudah lebih 3 dekad lamanya Battle of the Band telah bertapak di Ipoh namun sejak 15 tahun kebelakangan ini sudah seperti terkubur nama Battle of The Band ini di Ipoh.

Senario ini amat menyedihkan apabila dilihat kembali sejarah Battle of The Band di Ipoh yang pernah menampilkan nama – nama gergasi dalam persada muzik rock tanahair seperti SYJ, Bloodshed, May, Wings dan ramai lagi.

“Muzik dan golongan muda sudah sinonim, atas faktor ini kita bangunkan semula ‘Battle of The Band’, kita pilih individu – individu yang berbakat, kita ketengahkan kebolehan mereka dan dalam masa yang sama kita jemput orang ramai untuk berhibur bersama – sama” nyata Khairul Azwan Harun, Ketua Pemuda Barisan Nasional Perak.

“Dalam masa yang sama kita bangunkan semula konsep Battle of The Band ini yang secara jujurnya sekarang sedang meniti zaman suram, sudah sampai masanya ianya naik semula dan menjadi saluran untuk generasi muda menunjukkan bakat mereka” ujar beliau lagi.

Atas keprihatinan dan inisiatif Pemuda BN negeri yang sentiasa sedar akan kemahuan generasi muda negeri ini, pertandingan Battle of The Band ini berjaya dibangunkan semula, malah bukan sahaja bangkit semula, tapi diberi nafas baru sejajar dengan kemahuan generasi baru.

Esok merupakan hari penentuan dimana 5 kumpulan muzik akan dipilih daripada berpuluh – puluh video yang telat dimuatnaik ke youtube khas untuk pertandingan ini oleh barisan juri yang diketuai oleh vokalis lagenda Wings iaitu Awie yang juga merupakan alumni dari Battle of The Band ini sendiri.

5 kumpulan muzik ini akan berentap pada malam minggu ini untuk menentukan pemenang Ipoh Battle of The Band 2012 bertempat di Dataran Ipoh.

Malah hadiah wang tunai turut ditawarkan di mana juara akan menerima RM 3,000, naib juara RM 1,500 dan tempat ketiga pula RM 500.

Orang ramai diminta jangan melepaskan peluang untuk hadir Sabtu ini bagi memeriahkan lagi Battle of The Band 2012.

-peraknews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *