LARIAN BENDANG MENARA CONDONG, TELUK INTAN – 8th April

larian_bendang_menara_condong2012

Acara ini merupakan salah satu daripada acara Tahun Melawat Perak 2012 di daerah Hilir Perak selepas acara Pertandingan Memancing Udang Galah di Sungai Perak yang telah diadakan pada 19 Februari 2012.

2. Penyertaan
Terbuka kepada peserta antarabangsa dan tempatan mengikut kategori umur dan juga pelajar-
pelajar sekolah. Sehingga kini seramai lebih 1000 peserta telah mendaftar yang terdiri daripada
seramai 850 orang awam dan selebihnya pelajar-pelajar sekolah. Terdapat beberapa peserta
daripada luar negara (Kenya dan Perancis).

Penyertaan masih dibuka sehingga 5 April 2012 bagi katerogi awam dan 6 April 2012 bagi
kategori murid-murid sekolah. Adalah dijangka penyertaan akan terus diterima sehingga saat
akhir khususnya daripada sekolah-sekolah di Hilir Perak.

3. Penyertaan Daripada Pelajar-Pelajar Sekolah
Terbahagi kepada dua kategori iaitu sekolah rendah – umur 10 hingga 12 tahun, sekolah
menengah – umur 13 hingga 19 tahun, lelaki dan perempuan. Yuran penyertaan RM6.00 bagi
murid sekolah menengah dan RM4.00 bagi murid sekolah rendah.

Urusetia memberikan insentif kepada sekolah-sekolah yang menghantar bilangan peserta paling ramai iaitu 3 sekolah menengah dan 3 sekolah rendah :
(a) Pokok-pokok lanskap
(b) Plak
(c) Sijil Penghargaan

4. Acara Sampingan

i. Persembahan Artis Tempatan (Ikhwal) – 20 tahun, berasal dari Teluk Intan, antara
pencapaiannya adalah memenangi World Championship of Performing Arts (WCOPA) di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) dan berkebolehan menyanyi dalam pelbagai bahasa.

ii. Cabutan bertuah untuk peserta larian berupa hamper dan baucer.

5. Pelepasan Dan Penyampaian Hadiah
Peserta-peserta akan dilepaskan secara berperingkat mulai jam 7.00 pagi oleh Y.B. Dato’ Hamidah Binti Osman, Exco Pelancongan. Penyampaian hadiah pada jam 10.00 pagi, kedua- dua acara bertempat di Padang Speedy B, Teluk Intan.

Aturcara Program

PELEPASAN PESERTA

6.15 pagi – Semua Perserta Berkumpul di Mini Stadium

6.40 pagi – Ketibaan Y.B Dato’ Zainol Fadzi Bin Hj. Paharuddin,DPMP.,PMP.,DSM.,ASDK.
(Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan)

6.45 pagi – Ketibaan Y.B Dato’ Hamidah Binti Osman,DPCM.
(Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan,
Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan)

7.00 pagi – Pelepasan Kategori A dan B Oleh Y.B Dato’ Hamidah Binti Osman,DPCM.

7.10 pagi – Pelepasan Kategori C dan D Oleh Y.B Dato’ Zainol Fadzi bin Hj.
Paharuddin,DPMP.,PMP.,DSM.,ASDK.

7.30 pagi – Pelepasan Kategori E dan F Oleh Tuan Pegawai Daerah Hilir Perak

7.40 pagi – Pelepasan Kategori G dan H Oleh Pegawai Pelajaran Daerah dan Persembahan Artis

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH

9.45 pagi – Ketibaan VVIP dan Dif-dif Jemputan

– Ucapan Oleh Y.B Dato’ Hamidah binti Osman,DPCM.

– Penyampaian Hadiah

– Cabutan Bertuah

– Penyampaian Cenderahati

– Bersurai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *