Pekan Parit Buntar yang biasanya berada dalam keadaan aman di kejutkan dengan kejadian malam tadi di mana satu papan tanda Menteri Besar Perak telah dibakar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Kejadian ini berlaku sejurus setelah selesainya lawatan Perdana Menteri dan Menteri Besar ke kawsan tersebut pada Sabtu lepas.
Rata – rata penduduk Parit Buntar masih lagi terkejut dengan kejadian tersebut dan membidas dengan sekeras – kerasnya tindakan yang tidak bertanggungjawab itu.
“Ini satu perbuatan yang sangat biadap dan pengecut” ujar Puan Rohana Kassim, 43 ketika ditemuramah oleh peraknews.com pagi tadi.
“Kalau ye pun berbeza fahaman politik, janganlah sampai memperbodohkan diri sendiri dengan melakukan perbuatan seperti ini, yang nyata perbuatan ini tidak mencerminkan langsung penerimaan penduduk tempatan terhadap Menteri Besar, malah ianya menguatkan lagi kepercayaan kami terhadap beliau” ujarnya lagi.
-Peraknews