Larian Bendang Menara Condong 2012

Larian Bendang Menara Condong 2012 telah berjaya merialisasikan aspirasi kerajaan melalui konsep 1 Malaysia untuk mengeratkan silaturahim serta memupuk semangat perpaduan dikalangan lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama.

Larian Bendang Menara Condong 2012 telah menarik lebih ribuan peserta dari bebagai peringkat usia turut juga menarik perhatian peserta dari luar negara seperti Kenya, Perancis, Arab Saudi, Nigeria dan United Kingdom.

Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata program larian ini memberi peluang kepada peserta-peserta larian menjelajah dan mengenali Daerah Hilir Perak.

“ Daerah Hilir Perak mempunyai destinasi menarik kerana keindahan sawah padi dan kepelbagaian warisan sejarah seperti Bangunan Menara Condong, Jambatan Keretapi Sungai Bidor, Perkampungan Tradisional – Kampong Terengganu dan lokasi kemalangan keretapi dengan gajah di Sungai Kerawai.

Peninggalan sejarah ini adalah aset yang terbaik untuk diketengahkan sebagai produk pelancongan sempena Tahun Melawat Perak 2012 yang sedang berlansung ini”, katanya selepas acara pelepasan di Padang Speedy B, Teluk Intan.

Kerajaan Negeri Perak di bawah Tourism Perak merupakan penaja utama disamping kerjasama dari Majlis Pembandaran Teluk Intan, Persatuan Olahraga Perak dan Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak.

Larian yang julung kali diadakan ini diketogorikan mengikut beberapa kumpulan seperti ketogori Lelaki dan Wanita terbuka sejauh 21km, lelaki dan wanita veteran sejauh 10km, Lelaki dan Wanita Junior sejauh 7km dan bagi pelajar sekolah rendah Lelaki dan Perempuan sejauh 5km.

Peserta dari Perancis, Lautredoux mendapat tempat pertama bagi ketogori lelaki veteran dan wanita veteran dimenangi oleh Susan Khoo dari United Kingdom. Ketogori Lelaki Terbuka dimenangi oleh Sammy Kirrop Kipton dari Kenya dan Wanita Tebuka dimenangi oleh Noor Amelia Musa.

Katogori Lelaki Junior dimenangi oleh Krishnan Soomanaidu dari Sekolah Menengah Kebangsaan Horly Methodist Teluk Intan dan Wanita Junior dimenangi oleh Hemavathy. Ketogori murid lelaki di menangi oleh Mohd Arif Nukman dan murid perempuan Aina Sharfizah.

Kesemua peserta menerima medal, sijil pengharagaan dan wang tunai mengikut kategori.

Peserta Perancis Lautradoux, 46, berkata program larian yang diadakan ini membuka peluang penyertaan kepada peserta dari negara luar.

“Saya amat bertuah dapat menyertai larian ini kerana saya berpeluang menghayati keindahan alam semulajadi yang terdapat di sekitar Teluk Intan ini. Sememangnya negara Malaysia merupakan sebuah negara yang aman dan kaya dengan kebudayaan dan kesenian.

Susan Khoo, 50, dari United Kingdom yang telah menetap di Malaysia lebih dari 20 tahun menyatakan rasa gembiranya kerana berpeluang menyertai larian ini.

“Program merupakan satu usaha yang baik dalam mempromosikan Perak kepada negara luar. Bukan sahaja dapat mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang sukan marathon malah dapat melahirkan warga negara yang cergas dan sehat”, katanya.

Sammy Kirrop Kipton, 30, dari Kenya berkata penglibatan peserta luar negara dapat memperbanyakan lagi kenalan dari Malaysia.

“Saya memang menantikan larian ini kerana saya tahu Malaysia mempunyai banyak tempat yang menarik perhatian pelancong. Saya cukup bertuah dapat berlari melalui sawah padi yang menghijau dan menyegarkan pandangan. Pastinya ini satu kenangan yang terindah buat saya.

-peraknews

Leave a Reply