Dr. Zambry Terharu Daerah Kerian Dapat Hadiah “Istimewa” Dari PM

Menteri Besar Dato’ Seri Diraja Dr.Zambry Abd Kadir tersenyum sebaik melihat sekumpulan wartawan menghampirinya mendapatkan komen lawatan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak ke daerah Kerian baru-baru ini.

“Pengumuman kelulusan peruntukan RM490 juta bagi projek tebatan banjir selain peruntukan tambahan RM50 juta bagi membina ban batu dihadapan laut sebagai penghadang air masin dari memasuki kawasan sawah saya anggap sebagai berita baik dan hadiah istimewa buat rakyat di Kerian ini.

“Pengumuman Datuk Najib berhubung rancangan pembinaan sebuah hospital baru ditapak asal Hospital Parit Buntar yang menelan kos jutaan ringgit juga saya anggap berita baik buat rakyat di Kerian.

“Pembinaan hospital baru Parit Buntar ini bukan sahaja akan memberi faedah besar kepada rakyat di Kerian malah juga dari Pulau Pinang dan Kedah,’’ kata Dr. Zambry kepada wartawan sebaik mengiringi Datuk Seri Najib Tun Razak yang selesai mengadakan sidang media selepas merasmikan Hari Peladang Penternak dan Nelayan perinkat Kebangsaan 2011 di Padang Bandaran Parit Buntar 14 Januari lalu.

Tujuan sebenar wartawan mendapatkan komennya kerana lawatan Najib julung-julung kali ke daerah Kerian dilihat lawatan “strategik” menjelang PRU ke13 kerana kawasan ini kini adalah kubu pembangkang.

Rakyat sudah jemu dan muak dengan retorik politik dan janji-janji kosong yang dilemparkan pembangkang sewaktu meraih sokongan namun bila sudah menang batang hidungpun tak nampak.

Sebenarnya tiada apa perubahan dan pembangunan untuk faedah rakyat yang dapat dibawa oleh pihak pembangkang di kawasan Kerian ini yang dianggap sebagai kubu kuat mereka.

Dulu ia kawasan selamat BN dan ini terbukti setiap kali pilihanraya, BN menyapu bersih hampir kesemua kawasan parlimen dan dewan undangan negeri di daerah Kerian dengan undi majoriti yang besar.

Walaubagaimanapun kejutan dalam PRU ke12 menyebabkan kubu BN rebah tidak semena-mena sehingga timbul pelbagai andaian.

Bayangkan tiga kawasan parlimen iaitu Parit Buntar, Bukit Gantang dan Taiping menjadi milik pembangkang.

Yang lebih menyedihkan Bukit Gantang dan Taiping sebagai kubu tradisi yang tidak pernah dikuasai pembangkang terlepas dari genggaman BN dalam PRU ke12.

Bagi ADUN Alor Pongsu Dato’ Sham Mat Sahat dan penduduk di daerah Kerian apa yang berlaku dalam PRU ke12 ada tersimpan hikmah. Bagi penduduk di sana, langit tak selalunya mendung.

Kini dibahu Sham terpikul tanggungjawab sebagai wakil rakyat bagi daerah Kerian. Dalam melaksanakan tugas ini, Sham boleh dilihat dipelbagai tempat dalam jarak masa yang relatifnya pantas.

Penduduk di daerah Kerian diselubungi kekeciwaan kerana hidup mereka sejak bertahun lamanya dibayangi air bah atau banjir yang boleh datang bila-bila masa dengan tidak ada apointmen.

Setiap kali hujan lebat mata mereka terarah kepada paras air yang bakal meningkat kerana bila ini berlaku, mereka terpaksa bersedia untuk dipindah ke kawasan lebih selamat.

Harta benda serta mata pencarian terganggu dan kitaran hidup mereka seperti tidak macam orang-orang di Ipoh atau bandar-bandar lain.

Namun kekeciwaan tempoh hari terubat dengan lawatan Perdana Menteri yang bukan saja meluluskan peruntukan besar menangani masalah ini malahan Najib juga meninjau sendiri pembangunan di daerah Kerian.

Hasilnya seperti diketahui umum, dana hampir setengah billion ringgit menanti untuk diagihkan bagi mengatasi masalah banjir serta juga projek-projek untuk kemudahan mereka.

Kini Sham dilihat sebagai wakil rakyat daerah kerian kerana walaupun dia bukannya ketua bahagian mana-mana bahagian (timbalan ketua UMNO Bahagian Bagan Serai) ataupun ahli parlmen namun khidmatnya sentiasa ditagih. Kerajinannya meninjau kegenap ceruk dan rantau berjaya mengubat kekeciwaan penduduk di daerah tersebut.

Kerana itu bagi ADUN Alor Pongsu itu lawatan Perdana Menteri ke daerah Kerian sangat istimewa kerana ia menyuntik semangat juang buat ahli-ahli UMNO di sekitar Kerian.

Selain dari itu, penduduk Kerian yang hampir 190,000 tentu beruntung mendapat durian runtuh kerana memperoleh projek tebatan banjir bernilai RM490 juta.

Perdana Menteri juga memperuntukan RM50 juta lagi bagi membina ban batu di hadapan laut sebagai penghadang air masin mengalir ke kawasan sawah padi.

Daerah Kerian adalah dikenali sebagai sebahagian daripada rice bowl Perak dengan menyumbang kepada ekonomi serta peluang pekerjaan di sektor padi dan beras negara.

Najib dalam ucapan di perasiman Hari Peladang Penternak dan Nelayan peringkat Kebangsaan di Padang Bandaran Parit Buntar menyebut faktor Dr. Zambry sebagai keputusan kerajaan meluluskan peruntukan kira-kira setengah billion ringgit itu.

“Zambry beritahu saya daerah Kerian ini selalu dilanda banjir yang serius. Jadi, kita ambil keputusan luluskan projek tebatan banjir sebanyak RM490 juta.

“Fasa pertama projek tebatan banjir ini sudah ditender dan kita sedang tunggu pihak mana yang berjaya”kata Najib lagi.

Sham masih ingat banjir adalah masalah besar buat penduduk di Kerian kerana setiapkali banjir, harta serta sumber rezeki kaum petani seperti padi rosak.

Bantuan dari kerajaan melalui pengumuman rasmi Perdana Menteri adalah hadiah awal tahun baru yang menceriakan hidup mereka.

-Peraknews

Post a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*