Daerah Manjung Antara Produk Penting TMP 2012

Usaha Kerajaan Negeri mempergiatkan promosi perlancongan sempena Tahun Melawat Perak 2011 semakin rancak dan hampir ke kemuncak.

Daerah Manjung yang terkenal dengan hasil lautnya kini menjadi tumpuan untuk diketengahkan sebagai salah satu lokasi produk pelancongan di negeri Perak.

Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan, Usahawan, Pelancongan, Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan Negeri, Datuk Hamidah Osman berkata Daerah Manjung menjadi destinasi utama pelancong ke Negeri Perak di mana Pulau Pangkor dan Teluk Batik antara tumpuan utama pelancong-pelancong dari dalam dan luar negeri sekian lama.

“Selaras dengan visi pembangunan sektor pelancongan untuk menjadikan sektor pelancongan sebagai penyumbang utama adalah perlu kita melihat mana-mana produk pelancongan yang perlu diketengahkan sempena Tahun Melawat Perak 2012 (TMP) nanti.

“Sitiawan, Lumut, Pantai Remis, Pangkor antara daerah yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Saya melihat daerah-daerah ini mampu menarik lebih ramai pelancong sekiranya usaha dari semua badan kerajaan dan swasta bergabung tenaga’, katanya.

Hamidah yang mengetuai rombongan Tourism Perak sewaktu lawatan kerjanya ke Manjung turut singgah melawat ke Sime Darby Beverages sebuah syarikat mengusahakan produk jus jambu batu yang terletak di daerah Sitiawan.

Keluasan ladang jambu batu yang seluas 15 hektar merupakan ladang setempat terbesar di dunia.

“Produk yang berasaskan buah jambu batu merah ini cukup bermutu, ini adalah tarikan utama kepada pelancong.

Akan tetapi pihak pengurusan haruslah memikirkan bagaimana untuk memperkenalkan dan mengambil peluang bagi menjadikan ianya lebih berpontensi agro pelancongan yang terkenal.

Banyak aspek harus difikirkan bagaimana produk jus jambu batu ini boleh menjadi tarikan kepada pelancong. Berbagai kemudahan dan aktiviti pelancong harus diperkemaskan lagi dari masa kesemasa”, katanya.

Hamidah turut meluangkan masa melawat ke kapal KD Rahmat yang telah tiga bulan beroperasi sebagai Muzium Maritime pertama di Perak.

“KD Rahmat merupakan peningggalan kapal perang yang tercanggih di Asia Tenggara dan bertepatan sekali dijadikan sebagai Muzium Meritime. Pelancong berpeluang mengalami sendiri bagaimana kehidupan di dalam kapal perang yang pernah digunakan oleh Tentera Laut Di-Raja Malaysia sejak 1967”, katanya.

Sementara itu Hamidah juga turut menyentuh tentang Pesta Laut Pangkor 2011 yang akan dilangsungkan selama tiga hari bermula dari 9 hingga 11 Desember ini.

Pesta tersebut akan dilaksanakan di Lumut dan Pangkor .

“Pesta Laut Pangkor atau dulunya dikenali sebagai Pesta Teluk Batik merupakan acara tradisi sejak dulu lagi. Saya melihat potensi Pesta Laut ini begitu meluas dari aspek pelancongan dan pada tahun hadapan kita akan memanjangkan lagi tempoh pesta ini sepertimana yang telah dilakukan pada tahun-tahun sebelumnya”,katanya.

-peraknews

1 Comment

Post a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*